Wednesday, January 5, 2011

101 Tip Perancangan Sempurna Bakal Raja & Ratu Sehari (tip 1 - 18)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Di sini DIGITAL Studio (DS) akan kongsikan bersama 101 Tip Persiapan Perkahwinan yang boleh membuatkan hari bersejarah anda tampak sempurna..Pada peringkat permulaan, kami akan kongsikan 18 tip dahulu sebelum kami habiskan 101 tip kesemuanya..Selamat membaca..

6 - 12 BULAN SEBELUM MAJLIS

1. Tetapkan hari dan tarikh perkahwinan anda.

2. Pastikan tarikh yang dipilih tidak bercanggah dengan mana-mana agenda keluarga.

3. Tentukan bajet serta anggaran kos perbelanjaan perkahwinan.

4. Kongsi simpanan untuk mempercepatkan serta menggandakan simpanan.

5. Sediakan 'checklist' perkahwinan anda supaya perancangan berjalan dengan lancar.

6. Lantik seseorang yang anda percayai untuk bersama-sama dalam proses perancangan majlis anda.

7. Tetapkan tema perkahwinan yang diinginkan mengikut minat dan kesesuaian.

8. Tentukan jumlah tetamu yang akan diundang.

9. Tempah segera tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan (jika melibatkan dewan atau sebagainya)

10. Sediakan daftar tetamu untuk menganggarkan bilangan tempahan kad.

11. Buat pemilihan katering dan menu untuk hari langsung.

12. Pilihlah pengapit wanita dan lelaki yang bertanggungjawab sebagai PA anda di hari bersejarah nanti.

13. Temui dan kunjungi pereka pakaian pengantin, tentukan serta pilih busana pengantin.

14. Jangan lupa menjaga adab dan pantang larang sebelum hari penting anda. Semuanya ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi di sebaliknya.

15. Mula menjaga pemakanan untuk menjamin tubuh yang sihat di waktu persandingan.

16. Kurangkan aktiviti sosial.

17. Mula mengurangkan belanja seharian, usah boros dan mula menabung.

18. Rancang percutian bulan madu anda, lakukan tempahan tempat, tiket serta kenderaan.


Nantikan tip yang ke 19 hingga 41 (4 - 5 bulan sebelum majlis) selepas ini..

No comments:

Post a Comment