Tuesday, January 18, 2011

101 Tip Perancangan Sempurna Bakal Raja & Ratu Sehari (tip 19 - 41)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

4 - 5 BULAN SEBELUM MAJLIS

19. Tempah waktu dan tempat pernikahan beserta jurunikah.

20. Persiapan awal membolahkan anda membuat tinjauan akan harga da reka bentuk kad yang diinginkan.

21. Bertindak lebih awal, anda bolah mendapatkan khidmat jurumekap kegemaran anda.

22. Membuat pilihan tema warna busana serta bunga tangan mengikut kesesuaian.

23. Menempah baju pengantin.

24. Beli atau sewa busana untuk pengapit pengantin.

25. Mula tetapkan dekorasi ruang majlis mengikut tema.

26. Mula tetapkan dekorasi pelamin mengikut kesesuaian tema serta pakaian.

27. Memberitahu seluruh ahli keluarga tema pakaian.

28. Hubungi dan tempah jurugambar serta juruvideo kegemaran anda.

29. Membuat tempahan awal kenderaan pengantin jika perlu.

30. Tempah dan buat pemilihan kek pengantin.

31. Tetapkan pengerusi majlis yang boleh menghangatkan majlis.

32. Tempah PA sistem bagi memainkan lagu-lagu pilihan anda.

33. Lantik DJ yang boleh memainkan lagu selari dengan kehendak anda.

34. Tempah kumpulan pemain kompang.

35. Jika berkemampuan, anda jemputlah kumpulan GAMELAN atau CAKLEMPONG untuk menyerikan majlis.

36. Mungkin juga menarik jika menjemput penari kebudayaan atau penyayi jemputan.

37. Menempah cincin perkahwinan untuk majlis nikah.

38. Mula membeli barang hantaran satu persatu.

39. Lakukan diet atau senaman untuk tampil sihat dan segak pada hari bersejarah anda.

40. Semak destinasi bulan madu pilihan anda.

41. Pastikan tempahan sudah ditetapkan.

Nantikan tip yang ke 42 hingga 54 (2 - 3 bulan sebelum majlis) selepas ini..

No comments:

Post a Comment