Friday, January 28, 2011

101 Tip Perancangan Sempurna Bakal Raja & Ratu Sehari (tip 42 - 54)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

2 - 3 BULAN SEBELUM MAJLIS

42. Daftar kursus kahwin bersama pasangan.

43. Mendaftar di pejabat kadi. Isi borang permohonan dan sediakan segala dokumen yang berkaitan.

44. Sertakan bersama surat akuan bujang yang disahkan oleh majikan anda.

45. Dapatkan tandatangan jurunikah atau ketua wakil qariah tempat anda.

46. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya.

47. Lakukan medical check up seperti ujian HIV

48. Mohon cuti sekurang-kurangnya 2 mingga lebih awal.

49. Maklumkan tentang perancangan perkahwinan anda itu kepada ketua jabatan.

50. Siapkan semua kerja di pejabat yang telah dimulakan.

51. Pastikan segala urusan di tempat berbulan madu sudah selesai.

52. Buat passport jika perlu.

53. Hubungi pereka pakaian pengantin anda untuk fitting.

54. Persiapkan segala barang hantaran, lantik seseorang untuk persiapkan dulang hantaran.

Nantikan tip yang ke 55 hingga 68 (6 - 8 minggu sebelum majlis) selepas ini..

No comments:

Post a Comment